Assalamualaikum.
Alhamdulillah, dah pun masuk minggu kedua kuliah. Environment baru, kawan kawan baru, lecturer baru, tempat baru, katil baru, bilik baru, semuaaaa lah baru. :)
Biasalah, bila dah bertukar ke tempat baru, suasana baru, dengan kawan kawan baru lagi, of course la perasaan tu kadang kadang nak memberontak. Ada je yang tak kena. Dan sampai lah satu tahap tu, sampai boleh rase downnnn yang amat sangat. :((
Sampaikan terlintas di hati, "Betul ke apa yang aku buat selama ni?? Betul ke setiap tindakan aku or pilihan aku selama ni?? Betul ke ape yang aku istikharah kan sebelum ni??"
Alhamdulillah, mak always be my side. Walaupun saya di shah alam, dan mak jauh nun di johor sana. Terima kasih mak utk semua nasihat & kata kata semangat tuu. And my sis too. Eh, gud luck ye untuk semua test. ^^
Dan satu pesanan sahabat saya yang insyaAllah akan di ingat sampai bila bila.
"Kita berjuang ni bukan perlu bergantung pada certain certain tempat. Tapi kat mana mana je, tak kira kat mana pun kita tercampak. Sebab matlamat kita tetap sama"
Kita nak berdakwah ni bukan kena tengok tempat dulu. Kalau tak suka or tak selesa dengan tempat tu, kita tak berdakwah, or mungkin memencilkan diri dari keadaan sekeliling. Bukan maksudnya berdakwah tu kena bagi ceramah ke, talk ke. Tapi dengan amar ma'ruf nahi munkar pun boleh. Even kalau kita sesuaikan diri dengan persekitaran sekeliling & kawan kawan baru pun boleh juga. :) Sama lah juga macam usrah. Kalau diri kita perlukan makanan untuk tambah tenaga, otak kita pula perlukan ilmu untuk belajar, sama lah jugak dengan hati kita. Nurani. :) Hati jugak perlukan makanan, pengisian. Kalau tak, lama lama hati tu boleh mati. :)
Macam tu jugak lah dalam menuntut ilmu. Kita tuntut ilmu ni bukan kat certain certain tempat. Tapi kat mana mana pun kita boleh menuntut ilmu. Ilmu tu boleh diperoleh di mana mana sahaja. Walaupun mungkin kita terpisah separuh nyawa dengan sahabat sahabat kita dan family kita. :))
Walau dimana pun saya berada, moga saya terus istiqamah di jalan ini. InsyaAllah. ;))
p/s : lame saye tak update blog. Padahal tak la busy sangat. Buat mase ni la kan. Lepas ni tak tahu la kan. Doakan kami dapat sesuaikan diri dengan suasana di sini. :)
*rindunya suasana dulu dulu*
2 budakbaek:
~jangan sedih2 che' mok...we're here always pray for u n others....t'ingat kate2 rais sye..kemane2 kite p'gi pon matlamat kita mesti betol..dan matlamat itu satu..yaknie dakwah...xkisah brada nun jauh dimana pon,bwaklah matlamat kita itu..xkisah dgn cara yg mcm mne pon..but berhikmah..not forget too..ape2 pon lillahita'ala...la tahzan frenz Allah is always by our side..senyum sokmo ye~
ye ami sayang!! syukran utk nasihat tuuu. :)
InsyaAllah, i'll try my best. Doakan kami kat sini. ;))
Post a Comment