glitter-graphics.com

~ cari ape saje ~

Tuesday, October 09, 2012

He's surely know what's best for us

Assalamualaikum. Fuhh! Fuhhhhh!! *tiup habuk*
Waaaa, serius mmg dah laaaamaaaa sangat tak update blog. *pura pura busy*
Oke, sebenarnya post yang ni pun dah berkurun jadi draft. Haha.

-------------------------------------------------------------------------------

Dulu after habis diploma, berkurun duk kat rumah ni. Biasa lah, bila dah nama nye jadi pekerja sambilan, memang buku lah yang menjadi peneman. Habis MPH tu saya serbu. Selagi mak tak bising, selagi tu nak duduk bertapa dlm tuu. Maklumlah, duit pun dah berkepuk kepuk dalam poket. ;)))

Dan alhamdulillah, berkesempatan beli beberapa buku yang memang dinanti nanti. Especially buku Ustaz Hasrizal. Oh, saya memang 'kipas susah mati' ustaz. :)) Rasenya macam macam buku hasil penulisan ustaz saya dah beli. Sungguh saya cakap, setiap penulisan ustaz banyak bagi pengajaran dalam kehidupan saya.
Antara yang sangat saya suka, "Di Hamparan Shamrock Kuseru namaMu".

saya dah pernah post sikit pasal buku ni dalam FB :)

Siapa kata insan yang hebat, yang bergelar doktor, professor, ustaz dan yang lain lain tu tak pernah ditimpa ujian?? Cuba tanya mereka mereka kat luar tu, yang dikenali ramai dan sering dianggap hebat, pastinya setiap orang pernah merasai saat kesusahan. Tinggal nak cerita atau pun tidak je. Sebab itu hak individu. Tak boleh laa nak paksa diorang cerita kan. ;))

So, jangan pernah anggap orang yang hebat tu, tak pernah merasai ujian mahupun kesusahan walaupun sedikit. Even budak yang dapat dekan every sem pun pernah ditimpa ujian. Cuma nya mungkin ujian yang diterima berbeza. Dan semua tu telah pun ditentukan oleh Allah S.W.T.

Tapi jangan sesekali kita menyalahkan Allah andai kita diuji dengan sesuatu ujian. Sebab setiap ujian yang Allah beri tu, tanda SAYANG Allah pada kita. Mungkin kadang kadang kita rasa yang kita tak cukup kuat untuk lalui semua tu. Tapi kita kena ingat, Allah tu Maha Mengetahui. Dia takkan sesekali membeban kan hambaNya dengan sesuatu yang tak mampu hambaNya lalui.

"Dan orang-orang yang beriman serta mengerjakan kebajikan, Kami tidak akan membebani seseorang melainkan menurut kesanggupanNya."
(Surah Al-A'raf : Ayat 42)

Dan ada lagi satu,

"Dan kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada suatu catatan yang menuturkan dengan sebenarnya, dan mereka tidak dizalimi (dirugikan)."
(Surah Al-Mu'minun : Ayat 62)

Dan kita kena selalu ingat yang Allah Maha mengetahui setiap perkara yang terbaik untuk kita. Kadang kadang kita selalu anggap perkara yang kita nak tu adalah yang terbaik untuk kita. Tapi aturan Allah tu sangat cantik. Dia lebih mengetahui.

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah : Ayat 216)

Setiap yang terjadi tu pasti ade reason nya yang tersendiri. Pasti ada hikmah yang tersembunyi. Cuma lambat atau tidak je untuk kita tahu hikmah nya.

So, don't worry. He's surely know what's best for me, you, eh takk, for US. :))

Saya SUUUUKAAAA sangat dengan lagu ni. Sangat memberi inspirasi. Tak percaya?? Jom dengar sama sama. :))


video


~UJIAN TU TARBIYAH HIDUP~

p/s : sekarang ni dah start busy dengan quiz dan assignment yang bertimbun timbun. Senyum lebar lebar walaupun sebenarnya stress. Sebab belajar tu pun jihad. :)))

0 budakbaek: