glitter-graphics.com

~ cari ape saje ~

Loading...

Wednesday, February 05, 2014

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum.
Subhanallah!! lama sungguh tak update blog ni. Memang bersarang la gamaknya. :))

Alhamdulillah, baru je selesai mengembara ke utara dan pantai timur selama 3 hari bersama sahabat-sahabat syurga. Seronok yang amat sangat, walaupun seriously sangat penat. =)

Shah Alam --> Perak --> Kelantan --> Shah Alam

Macam-macam peristiwa, ragam, kerenah yang memang takkan dilupakan.

#Kereta rosak

#Drama di malam hari

#karaoke dalam kereta

#Racing tengah-tengah malam (makin ngantuk mata ni, makin bertambah pulak kelajuan kereta tu) haiyyaaaa!!!

Tapi seriously, bila bawak slow memang buat mata ni makin kuyu. Tapi bila dah start laju sikit tu, dia macam makin segar. Cuma perlu sangat berhati-hati. Tapi tolong jangan tiru perangai ni. Seriously, sangat bahaya sebenarnya.

Tengah sibuk kecoh-kecoh dalam kereta, tiba-tiba ada sahabat share 1 quote,
"Jika kita hendak mengenali seseorang sahabat, bermusafir lah dengannya"

Lebih kurang macam tu la quotenya. Tak berapa ingat sebenarnya. Hehe.

Dan saya rasa, saya bersetuju dengan quote ni. Sebab dah pun merasai sendiri pengalamannya. =D

Terima kasih ya Allah atas ukhuwah ini. Dan syukran kathir pada semua sahabat-sahabat yang sudi melayan kerenah diri ini. Sungguh! Anda semua sahabat yang sangat awesome! ;)