Assalamualaikum
*tibatiba lama menyepi :)
Dulu mungkin sentiasa dikelilingi sahabat sahabat yang akan sentiasa menegur kita, ingatkan kita, sekiranya ada tindakan kita yang mungkin tersasar sedikit dari landasan. Tapi bila sudah bergelar bakal graduan ni, jauh dari sahabat, kadang kadang hati ni mudah rasa goyah. Terumbang ambing dek arus kelalaian yang bergelora.
Dan mula lah terdetik di hati,
"Tak apa kot buat macam ni"
"Ala, bukan selalu pun"
Bisikan bisikan yang sering mengasak di lubuk hati. Allahuakbar! Lemahnya benteng pertahanan diri. Terasa lemah diri ini. Tidak cukup kah segala ilmu yang diperolehi selama ini?? Pentarbiyahan yang diterima?? Atau semua itu hanya sekadar lakonan semata. *muhasabah*
Sesungguhnya aturan Allah itu sangat cantik. Walaupun mungkin berjauhan dengan sahabat sahabat, alhamdulillah masih dikurniakan seorang adik yang sentiasa mengingatkan walaupun dia sendiri pun masih lagi bertatih dalam ilmu agama.
Pesan adik lelaki saya,
"Kak jaga tau. sampai bila bila pun"
*dia maksudkan 'JAGA DIRI'*
Yeah, perempuan kan. Banyak segi, sudut, semua kena pandang. Bak kata ramai orang, jadi perempuan ni complicated. Tapi saya bangga menjadi seorang perempuan. Err, lebih tepat muslimah. :) InsyaAllah, dalam usaha memperbaiki diri lagi. Mudah mudahan dikuatkan hati menempuhi segalanya. Kat luar tu macam macam ada. Ni baru jumpe harimau, belum lagi jumpe dinosaur. :)
p/s : Alhamdulillah, sudah mencecah usia 21 tahun. Terima kasih untuk semua yang mendoakan dan hadiah yang dipos, sama ada pos laju mahupun melalui orang tengah. :)
2 budakbaek:
sanah helwah2x....(sje wish lg skali)..heh3..
InsyaAllah sama2 usaha jadi muslimah solehah.."ktm" an taiko tarbiyyah ... insyaAllah Allah sentiasa lindungi hambanya dari terus terleka dek arus dunia.. moga2 kita semua sentiasa istiqomah :)
##Kakak TUA M## :P
TK, sory lmbat. :)
haha, thank you. :) InsyaAllah, mudah mudahan. Amin!!
Post a Comment