glitter-graphics.com

~ cari ape saje ~

Friday, February 01, 2013

ziarah selangor

Assalamualaikum.

Seriously, makin lama, makin payah jari jemari ni nak menaip kat sini. Sebenarnya ada je yang nak di kongsi, tapi kadang-kadang tu lebih suka share kat FB je. Hihi.

Last week, saya baru je habis pusing kl & selangor. Okey, tak lah habis pusing tapi boleh dikatakan pusing la jugak sebab rasanya macam kitorang banyak habiskan masa dalam kereta daripada rumah orang. ;)) Okey, sebenarnya kami ada buat ziarah sikit. Before ni dah pernah pergi johor, kelantan, kedah. So this time turn selangor & kl pulak. And alhamdulillah, mak abah bagi green light utk bawak kereta kali ni. ^^

So, saya bersama adik lelaki saya & beberapa sahabat gerak dr johor lebih kurang after solat jumaat. Seriously bila sampai kl, jem sangattt. Time tu start la peristiwa 'pusing-pusing'. Dengan tak tahu jalannya, dengan malamnya, memang entah ke mana-mana je kitorg. Nasib baik, tergerak hati nak bawak gps, so gps tu lah yg bawak kami ke tempat yang nak dituju. Planningnya, patutnya malam tu dah sampai kuala kubu, tapi sebabkan benda-benda yang memang tak boleh nak elak ni, kami sampai kuala kubu pukul 1 pagi. Sweet kan? ;))

Then, esok tu mmg gerak lewat sikit dlm pukul 10 pagi. Cadangnya nak lalu jalan dalam sebab macam nak menikmati pemandangan plus nak elak tol. Alih-alih boleh pulak jem dekat dgn batu caves. Then, ada seorang sahabat tegur,

"eh, lupa laaa. Kan thaipusam" -.-

Okey, so nak tak nak memang kene harung jugak jem tuu. Main menyelit-nyelit. And after zohor tu pulak kami terpisah. So, ada yang ikot jalan lain-lain. Petang tu pulak, kitorang tersangkut dekat kl lagii. Oh, honestly, saya tak nak duduk kl. Boleh semput jadinya kalau macam tu. Sana sini jem. =.= Tapi alhamdulillah, mungkin sahabat kami dah tahu yang kebanyakan kitorang macam dah bengang plus penatnya lagi plus lapar, then diorang bawak kitorang lalu dekat bukit ampang (err, betul kot nama dy, tak ingat laa). Subhanallah, cantik sangat. Kitorang dapat tengok pemandangan satu kl. ;)) Err, tapi sebenarnya saya tak lah nampak sangat sebab tengah driving. :))

Malam tu pulak, otw nak ke klang, entah macam mana kereta kitorang boleh terpisah dengan lagi dua kereta. Alhamdulillah dalam kereta ni ada 2 orang kl. So, diorang la yang tunjuk jalan. Saya tau jalan dari seksyen 7 je. Hikhikhik. And again, malam tu sampai rumah orang pukul 12 tgh mlm. Sampai ada seorang sahabat saya cakap,

"Lepas ni kita buat ziarah, kita bawak makanan sendiri la. So, if datang lambat ke, sesat ke, jem ke, tak ada lah kita dah menyusahkan tuan rumah sebab sampai lewat."

Haha. Kesian tuan rumah dibuatnya. Tapi seriously, enjoy laa. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Dan saya suka sebab sedikit sebanyak dapat improve saya punye driving skill. ;)) Dan seronok sahabat dapat luangkan masa dengan sahabat-sahabat. Bestnya ziarah ni sebab ni la peluang kita untuk kenal dengan lebih dalam lagi perangai sahabat-sahabat kita ni. Sweet kottt. ;))



p/s : saya berharap saya dapat berada di sisi seseorang ketika ini. Sebab saya tahu dia sangat perlukan seseorang. =.=

2 budakbaek:

ruhi said...

sapekah seseorg 2? -.-

t i q a said...

orang laa. haha. :p