glitter-graphics.com

~ cari ape saje ~

Showing posts with label tiqa. Show all posts
Showing posts with label tiqa. Show all posts

Thursday, August 08, 2013

Ujian? Senyum!

Assalamualaikum.

Ehem, ehem. Lama dah tak update. Bersarang dah gamaknye. =.=

Alhamdulillah, hari tu result untuk semester dua dah keluar. Seperti yang dijangkakan, memang turun sangat-sangat. Tapi ape-ape pun, alhamdulillah, sangat-sangat bersyukur, sebab semua paper lepas walaupun bukanlah dengan jayanya. (tepuk tangan sikit)


Tipu la kan kalau cakap tak sedih bila result turun. Tapi takpe, saya tahu, itu semua hasil usaha saya sendiri. Usaha sikit, dapatnya hasilnya pun sikit la kan? Kalau nak result GEMPAK, usaha pun haruslah GEMPAK. ;)

Bak kata sahabat saya, 

"Tak apa lah, ujian. Nama pun jundullah, so haruslah akan sentiasa diuji kan?"

"Ujian tanda Allah sayang kita, Allah nak kita selalu ingat padaNya"

Senyum. :)


Dan sepatutnya sebagai student, kita bukan sibuk nak mengejar dean list je, tapi keberkatan ilmu tu yang lagi penting. Dean List memang la bagus, siapa tak bangga kan kalau dapat DL every sem. Tapi ianya pun belum tentu dapat menjamin masa depan kita kan? Yang penting, buat sehabis baik, ikhtiar dan tawakal.


So, tahniah pada semua rakan-rakan uitm saya. Alhamdulillah, ini kejayaan kita semua. Man jadda wa jada, wa man zara'a hasada. Kan? (berterabur da nak cakap arab)

Alhamdulillah, dapat menyambut aidilfitri dengan gembiranya walaupun result turun mendadak. (celebrate?)

"Selamat Hari Raya Aidilfitri"
"Maaf zahir batin"
"Taqabbalallahu minna wa minkum"

Jangan main mercun! :)


p/s : Berangan nak belajar arab balik sebab dari semester satu, subjek tu je lah yang saya berjaya dengan jayanya. ;)

Friday, February 01, 2013

ziarah selangor

Assalamualaikum.

Seriously, makin lama, makin payah jari jemari ni nak menaip kat sini. Sebenarnya ada je yang nak di kongsi, tapi kadang-kadang tu lebih suka share kat FB je. Hihi.

Last week, saya baru je habis pusing kl & selangor. Okey, tak lah habis pusing tapi boleh dikatakan pusing la jugak sebab rasanya macam kitorang banyak habiskan masa dalam kereta daripada rumah orang. ;)) Okey, sebenarnya kami ada buat ziarah sikit. Before ni dah pernah pergi johor, kelantan, kedah. So this time turn selangor & kl pulak. And alhamdulillah, mak abah bagi green light utk bawak kereta kali ni. ^^

So, saya bersama adik lelaki saya & beberapa sahabat gerak dr johor lebih kurang after solat jumaat. Seriously bila sampai kl, jem sangattt. Time tu start la peristiwa 'pusing-pusing'. Dengan tak tahu jalannya, dengan malamnya, memang entah ke mana-mana je kitorg. Nasib baik, tergerak hati nak bawak gps, so gps tu lah yg bawak kami ke tempat yang nak dituju. Planningnya, patutnya malam tu dah sampai kuala kubu, tapi sebabkan benda-benda yang memang tak boleh nak elak ni, kami sampai kuala kubu pukul 1 pagi. Sweet kan? ;))

Then, esok tu mmg gerak lewat sikit dlm pukul 10 pagi. Cadangnya nak lalu jalan dalam sebab macam nak menikmati pemandangan plus nak elak tol. Alih-alih boleh pulak jem dekat dgn batu caves. Then, ada seorang sahabat tegur,

"eh, lupa laaa. Kan thaipusam" -.-

Okey, so nak tak nak memang kene harung jugak jem tuu. Main menyelit-nyelit. And after zohor tu pulak kami terpisah. So, ada yang ikot jalan lain-lain. Petang tu pulak, kitorang tersangkut dekat kl lagii. Oh, honestly, saya tak nak duduk kl. Boleh semput jadinya kalau macam tu. Sana sini jem. =.= Tapi alhamdulillah, mungkin sahabat kami dah tahu yang kebanyakan kitorang macam dah bengang plus penatnya lagi plus lapar, then diorang bawak kitorang lalu dekat bukit ampang (err, betul kot nama dy, tak ingat laa). Subhanallah, cantik sangat. Kitorang dapat tengok pemandangan satu kl. ;)) Err, tapi sebenarnya saya tak lah nampak sangat sebab tengah driving. :))

Malam tu pulak, otw nak ke klang, entah macam mana kereta kitorang boleh terpisah dengan lagi dua kereta. Alhamdulillah dalam kereta ni ada 2 orang kl. So, diorang la yang tunjuk jalan. Saya tau jalan dari seksyen 7 je. Hikhikhik. And again, malam tu sampai rumah orang pukul 12 tgh mlm. Sampai ada seorang sahabat saya cakap,

"Lepas ni kita buat ziarah, kita bawak makanan sendiri la. So, if datang lambat ke, sesat ke, jem ke, tak ada lah kita dah menyusahkan tuan rumah sebab sampai lewat."

Haha. Kesian tuan rumah dibuatnya. Tapi seriously, enjoy laa. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Dan saya suka sebab sedikit sebanyak dapat improve saya punye driving skill. ;)) Dan seronok sahabat dapat luangkan masa dengan sahabat-sahabat. Bestnya ziarah ni sebab ni la peluang kita untuk kenal dengan lebih dalam lagi perangai sahabat-sahabat kita ni. Sweet kottt. ;))



p/s : saya berharap saya dapat berada di sisi seseorang ketika ini. Sebab saya tahu dia sangat perlukan seseorang. =.=

Tuesday, January 22, 2013

After the long break ;))

Assalamualaikum.

Astaghfirullah, serius dah lama sangat tak update blog. Busy mengalahkan ydp MPP. ;))

Alhamdulillah, baru je habis exam hari sabtu lepas. Dan sekarang officially berada di rumah. :)) Satu hari duk mengemas rumah dengan abah. Pastu ptg tadi, main masak-masak dengan mak pulak kat dapur. Haha. Nasib baik mak ada sekali, kalau tak, habis hancur dapur tu saya kerjakan. ;))

InsyaAllah hari khamis ni plan nak buat kek kukus coklat. & lasagna. Sebab semalam nmpk mak ade beli bahan utk buat lasagna tuu. So, jom kita try buat. Kalau jadi, tak payah lah bazir duit pergi pizza lagi. Kan? ;))

Tadi petang, sambil duduk-duduk melepaskan penat tu, tibatiba terdengar sedikit tazkirah kat radio berkenaan niat. Sebenarnya selalu je dah diingatkan, tapi biaselah, manusia kan, lupa aje. Tiba-tiba terdetik dekat hati, selama ni aku belajar sebab ape ea?

Duk pulun baca buku separuh mati. Lagi lah bila nak final, sampai tak tido malam kott.

Bersengkang mata siapkan assignment.

Gigih buat paperwork dengan classmates.

Sebab ape aku buat semua tu? Utk dpt pointer tinggi? dekan? utk mak abah? sebab nak kalahkan kawan-kawan yang lain? atau lillahi ta'ala. Allahurobbi. Sama-sama muhasabah diri balik.



*merdeka sekejap after exam. Tapi nak tunggu result keluar lagi cuak kott. -.- Doakan kejayaan saya dan sahabat-sahabat. :))

Tuesday, October 09, 2012

He's surely know what's best for us

Assalamualaikum. Fuhh! Fuhhhhh!! *tiup habuk*
Waaaa, serius mmg dah laaaamaaaa sangat tak update blog. *pura pura busy*
Oke, sebenarnya post yang ni pun dah berkurun jadi draft. Haha.

-------------------------------------------------------------------------------

Dulu after habis diploma, berkurun duk kat rumah ni. Biasa lah, bila dah nama nye jadi pekerja sambilan, memang buku lah yang menjadi peneman. Habis MPH tu saya serbu. Selagi mak tak bising, selagi tu nak duduk bertapa dlm tuu. Maklumlah, duit pun dah berkepuk kepuk dalam poket. ;)))

Dan alhamdulillah, berkesempatan beli beberapa buku yang memang dinanti nanti. Especially buku Ustaz Hasrizal. Oh, saya memang 'kipas susah mati' ustaz. :)) Rasenya macam macam buku hasil penulisan ustaz saya dah beli. Sungguh saya cakap, setiap penulisan ustaz banyak bagi pengajaran dalam kehidupan saya.
Antara yang sangat saya suka, "Di Hamparan Shamrock Kuseru namaMu".

saya dah pernah post sikit pasal buku ni dalam FB :)

Siapa kata insan yang hebat, yang bergelar doktor, professor, ustaz dan yang lain lain tu tak pernah ditimpa ujian?? Cuba tanya mereka mereka kat luar tu, yang dikenali ramai dan sering dianggap hebat, pastinya setiap orang pernah merasai saat kesusahan. Tinggal nak cerita atau pun tidak je. Sebab itu hak individu. Tak boleh laa nak paksa diorang cerita kan. ;))

So, jangan pernah anggap orang yang hebat tu, tak pernah merasai ujian mahupun kesusahan walaupun sedikit. Even budak yang dapat dekan every sem pun pernah ditimpa ujian. Cuma nya mungkin ujian yang diterima berbeza. Dan semua tu telah pun ditentukan oleh Allah S.W.T.

Tapi jangan sesekali kita menyalahkan Allah andai kita diuji dengan sesuatu ujian. Sebab setiap ujian yang Allah beri tu, tanda SAYANG Allah pada kita. Mungkin kadang kadang kita rasa yang kita tak cukup kuat untuk lalui semua tu. Tapi kita kena ingat, Allah tu Maha Mengetahui. Dia takkan sesekali membeban kan hambaNya dengan sesuatu yang tak mampu hambaNya lalui.

"Dan orang-orang yang beriman serta mengerjakan kebajikan, Kami tidak akan membebani seseorang melainkan menurut kesanggupanNya."
(Surah Al-A'raf : Ayat 42)

Dan ada lagi satu,

"Dan kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada suatu catatan yang menuturkan dengan sebenarnya, dan mereka tidak dizalimi (dirugikan)."
(Surah Al-Mu'minun : Ayat 62)

Dan kita kena selalu ingat yang Allah Maha mengetahui setiap perkara yang terbaik untuk kita. Kadang kadang kita selalu anggap perkara yang kita nak tu adalah yang terbaik untuk kita. Tapi aturan Allah tu sangat cantik. Dia lebih mengetahui.

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah : Ayat 216)

Setiap yang terjadi tu pasti ade reason nya yang tersendiri. Pasti ada hikmah yang tersembunyi. Cuma lambat atau tidak je untuk kita tahu hikmah nya.

So, don't worry. He's surely know what's best for me, you, eh takk, for US. :))

Saya SUUUUKAAAA sangat dengan lagu ni. Sangat memberi inspirasi. Tak percaya?? Jom dengar sama sama. :))




~UJIAN TU TARBIYAH HIDUP~

p/s : sekarang ni dah start busy dengan quiz dan assignment yang bertimbun timbun. Senyum lebar lebar walaupun sebenarnya stress. Sebab belajar tu pun jihad. :)))

Wednesday, September 19, 2012

Bukan setakat di sini, insyaAllah.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dah pun masuk minggu kedua kuliah. Environment baru, kawan kawan baru, lecturer baru, tempat baru, katil baru, bilik baru, semuaaaa lah baru. :)

Biasalah, bila dah bertukar ke tempat baru, suasana baru, dengan kawan kawan baru lagi, of course la perasaan tu kadang kadang nak memberontak. Ada je yang tak kena. Dan sampai lah satu tahap tu, sampai boleh rase downnnn yang amat sangat. :((

Sampaikan terlintas di hati, "Betul ke apa yang aku buat selama ni?? Betul ke setiap tindakan aku or pilihan aku selama ni?? Betul ke ape yang aku istikharah kan sebelum ni??"

Alhamdulillah, mak always be my side. Walaupun saya di shah alam, dan mak jauh nun di johor sana. Terima kasih mak utk semua nasihat & kata kata semangat tuu. And my sis too. Eh, gud luck ye untuk semua test. ^^

Dan satu pesanan sahabat saya yang insyaAllah akan di ingat sampai bila bila.
"Kita berjuang ni bukan perlu bergantung pada certain certain tempat. Tapi kat mana mana je, tak kira kat mana pun kita tercampak. Sebab matlamat kita tetap sama"

Kita nak berdakwah ni bukan kena tengok tempat dulu. Kalau tak suka or tak selesa dengan tempat tu, kita tak berdakwah, or mungkin memencilkan diri dari keadaan sekeliling. Bukan maksudnya berdakwah tu kena bagi ceramah ke, talk ke. Tapi dengan amar ma'ruf nahi munkar pun boleh. Even kalau kita sesuaikan diri dengan persekitaran sekeliling & kawan kawan baru pun boleh juga. :)  Sama lah juga macam usrah. Kalau diri kita perlukan makanan untuk tambah tenaga, otak kita pula perlukan ilmu untuk belajar, sama lah jugak dengan hati kita. Nurani. :) Hati jugak perlukan makanan, pengisian. Kalau tak, lama lama hati tu boleh mati. :)

Macam tu jugak lah dalam menuntut ilmu. Kita tuntut ilmu ni bukan kat certain certain tempat. Tapi kat mana mana pun kita boleh menuntut ilmu. Ilmu tu boleh diperoleh di mana mana sahaja. Walaupun mungkin kita terpisah separuh nyawa dengan sahabat sahabat kita dan family kita. :))

Walau dimana pun saya berada, moga saya terus istiqamah di jalan ini. InsyaAllah. ;))



p/s : lame saye tak update blog. Padahal tak la busy sangat. Buat mase ni la kan. Lepas ni tak tahu la kan. Doakan kami dapat sesuaikan diri dengan suasana di sini. :)
*rindunya suasana dulu dulu*

Saturday, July 14, 2012

Ini yang terbaik, insyaAllah.

Assalamualaikum.

Kadang kadang kita terlalu bergantung harap pada sesuatu sampaikan kita lupa pada siapa sepatutnya kita bergantung harap.

Atau mungkin kadang kadang kita rasa usaha kita selama ni dah cukup untuk Allah bagi apa yang kita harapkan selama ni.

Tapi, kita lupa yang Allah berkuasa terhadap segala perkara. Allahurobbi.

"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah : 216)

Pagi tadi sementara tengah bersiap nak ke kerja, saya dapat mesej dari seorang sahabat. Kata nya dah boleh tengok result degree. So, after dah siap semua nya, saya pun bukak lah.

Alhamdulillah, saya dapat apa yang saya mohon. Cuma saya tak dapat tempat yang saya harapkan. :(

Walau beribu batu saya lari, saya berusaha jauh dari situ, tapi kalau Allah dah kata itu lah tempat yang terbaik untuk saya, memang kat situ lah yang saya dapat. Mungkin Allah nak saya berjumpa dengan sahabat sahabat baru, pensyarah baru dan juga dapatkan pengalaman baru. *pujuk hati*

Bak kata mak saya,
"tak apa la, mesti ada sebab kenapa tiqa dapat situ"


Thanks mak. Macam macam mak ckp untuk sedapkan hati saya walaupun sebenar nya mak tahu yang saya memang tak nak dapat situ.

Thank you so much for the advice ukhti Farah Adilah. Saya rasa, sebabkan nasihat ukhti tempoh hari, saya  dapat jugak lah terima semua ni walaupun ia bukan lah seperti yang saya harapkan. :( InsyaAllah, ada masa mungkin boleh jumpa. Shah Alam dan Puncak Alam tak lah jauh sangat kan? :)

Dan buat Nabila, maaf tak dapat menempuh alam degree bersama sama. Yeah, insyaAllah this is the best for me, you and all of us. Mabruk. Jaga perak molek molek deh. :)

Dan buat Atiqah, harap dapat bantu dan bimbing saya. Eh, nota nota time diploma dulu simpan lagi kan, nanti bawak sekali ye. :)

Pada sahabat sahabat lain, mabruk ya. Walau dimana pun anda dapat, insyaAllah itulah yang terbaik untuk kita semua. 



P/s : oh SHAH ALAM!! Tolong lah baik dengan saya sebab saya ni budak yang sangat baik. *sungguh, tak tipu*


Saturday, June 30, 2012

Masih ada pengganti mereka

Assalamualaikum
*tibatiba lama menyepi :)


Dulu mungkin sentiasa dikelilingi sahabat sahabat yang akan sentiasa menegur kita, ingatkan kita, sekiranya ada tindakan kita yang mungkin tersasar sedikit dari landasan. Tapi bila sudah bergelar bakal graduan ni, jauh dari sahabat, kadang kadang hati ni mudah rasa goyah. Terumbang ambing dek arus kelalaian yang bergelora. 

Dan mula lah terdetik di hati,
"Tak apa kot buat macam ni"

"Ala, bukan selalu pun"

Bisikan bisikan yang sering mengasak di lubuk hati. Allahuakbar! Lemahnya benteng pertahanan diri. Terasa lemah diri ini. Tidak cukup kah segala ilmu yang diperolehi selama ini?? Pentarbiyahan yang diterima?? Atau semua itu hanya sekadar lakonan semata. *muhasabah*

Sesungguhnya aturan Allah itu sangat cantik. Walaupun mungkin berjauhan dengan sahabat sahabat, alhamdulillah masih dikurniakan seorang adik yang sentiasa mengingatkan walaupun dia sendiri pun masih lagi bertatih dalam ilmu agama.


Pesan adik lelaki saya,
 "Kak jaga tau. sampai bila bila pun"

*dia maksudkan 'JAGA DIRI'*


Yeah, perempuan kan. Banyak segi, sudut, semua kena pandang. Bak kata ramai orang, jadi perempuan ni complicated. Tapi saya bangga menjadi seorang perempuan. Err, lebih tepat muslimah. :) InsyaAllah, dalam usaha memperbaiki diri lagi. Mudah mudahan dikuatkan hati menempuhi segalanya. Kat luar tu macam macam ada. Ni baru jumpe harimau, belum lagi jumpe dinosaur. :)


p/s : Alhamdulillah, sudah mencecah usia 21 tahun. Terima kasih untuk semua yang mendoakan dan hadiah yang dipos, sama ada pos laju mahupun melalui orang tengah. :)

Wednesday, June 13, 2012

She's really love BAKING but not COOKING. ;))

Assalamualaikum.

*tibatiba sekarang ni rasa rajin pulak nak update blog. 0_0

Tadi saya bermesejmesejan dgn adik saya. Tibatiba dia tanya soalan ni.

"Akak, orang kat masjid program insan. Nak jadi biro ape? Tarbiyah, perhubungan luar & kebajikan, ekonomi, sukan, publisiti?

Kalau ikot kepala otak saya, memang confirm suruh dia amek tarbiyah. Tapi dia jawab,

"Aku tak pandai nak dakwah kat orang la"

And dia decide nak amek ekonomi. Maybe sebab dulu pun dia kene jadi pengawas koperasi. Tibatiba teringat balik peristiwa 3 tahun lepas, masa mulamula saya join IMAD dulu. Tapi saya lagi jahat kot, tak join jadi seki langsung. :) Tapi saya cakap kat dia,

"Belajar la. Engat dulu aku pandai ke? :p
Ikot kau la. Tp tgh berniaga pun blh berdakwah. :)"

Bende tu boleh belajar kot. Saya dulu pun mana lah pandai bab bab ni semua. Tapi bende tu memang da jadi kewajipan kan. "Sampaikanlah walau sepotong ayat". =))

Sebenarnya mulamula tu dia tak nak pergi. Sebab biasa lah, hari selasa petang kan ada koko untuk part one. Balik mesti la da maghrib. Dengan penat lagi. Tapi saya suruh mak saya pujuk dia. Alhamdulillah, dia pegi jugak. Dan dia pun ckp, kalau tak ade kawan pun dia tak kesah pun sebenarnya nak pergi sorangsorang. Lagipun dekat je dengan kolej dia. Alhamdulillah, really proud of you dik. :)

Walaupun dia dulu bukan lah sekolah agama macam saya, tapi alhamdulillah ilmu agama yang dia dapat time tadika dan sekolah rendah tu dia guna kan sebaiknya. (padahal dia dapat je tawaran sekolah agama yang sama adik lelaki saya dapat). Mak saya cakap, dulu kat PLKN pun, dia yang selalu jadi rujukan kawankawan dia. Ni pun dia ade cakap dengan mak saya nak belajar pakai handsock. :)

rindu kat budak gemok dua orang ni. ;)
*cepat la balik. Tak ade orang yang buat kek kat rumah ni tiaptiap minggu

p/s : Sebenarnya rindu kat dia. Walaupun sebenarnya selalu lah jugak bertekak segala bagai dengan dia. Tapi dah nama nya adikberadik kan? Gaduh la bagai nak rak pun. Tak sampai bape jam, da baik semula. :) Dah la memang kami berdua je adikberadik perempuan.

Monday, June 11, 2012

Memori hafazan

Assalamualaikum.

*sunyinye rumah bile adikadik saye tak ade.
Bak kata nisa, dy punya sunyi tu, kalau kertas terbang pun boleh dengar bunyi. Haha. Rindu pulak kat budak kecik sorang tu. Padahal tiaptiap ari call kot. (nasib baek free)

*back to topic*
Sebenarnya semalam time tgh nonton TV, tibatiba tertengok siaran TV1. kebetulan pulak time tu dy tengah siarkan rakaman majlis hafazan peringkat kebangsaan. Lebih kurang mcm pertandingan tilawah Alquran la. Dan tibatiba hati ni rasa rindu nak buat semua tu. :(

Teringat zaman mudamuda dulu time kat SMAKJ. Subjek feveret saya Alquran & Hadith. Dua ni alhamdulillah blh score. Tapi yang laenlaen tu, pahampaham je la. :) 

Kalau dah namanye sekolah agama, menghapal tu memang boleh kata antara hobi kami la kot. Hafal Quran, hadith, syair dan macammacam la. Kadangkadang syair yang dalam buku Adab Nusus tu, kami selalu buat lagu. Masuk kan je la manamana lagu yang kite minat. Tapi bila duk tasmik dengan kawankawan, semua duk gelak. Sebab macammacam lagu keluar. Haha.

Kadangkadang tu bila ade pertandingan hafazan, sebok la jugak nak masuk. Cubacuba nasib je. Tak menang pun tak ape, at least kite boleh uji tahap hafazan kite. :)

Dan semalam time belekbelek sijilsijil yang ade, tibatiba terpandang sijil SMA. Dan tibatiba rasa menyesal dulu sebab tak amek STAM. :(( Sedangkan dulu itulah antara impian saya dari sekolah rendah lagi. Nak terbang pi mesir or jordan.

Sebab tu sekarang ni saya nak sangat adik laki saya yang sorang tu sambung citacita saya. Ngeh3. Sebab saya nampak potensi dy dalam bahasa arab. InsyaAllah, mudahmudahan Allah permudahakn. :)


 gambar kelas yang terakhir ~ 4 Ibnu Sina


p/s : Alhamdulillah, dpt kerja kat situ. InsyaAllah start dalam minggu ni jugak. :)
p/s/s : engat nak sambung balik story saya yang dah lame tergantung tu. Esokesok la. ^^

Sunday, June 10, 2012

kenangan itu

Assalamualaikum.

Biasanya dulu timetime macam ni saya tengah get ready nak rempuh stor kat blok cemara bersama penghunipenghuni yang laen. But now, saya duduk maen golekgolek di rumah. ;)

Dulu selalu jugak la mengeluh bila kena bersiap packing segala barang sebab cuti da abes. Ofkos kene kemas awalawal sebab saya memang kene balik biasanye satu or dua hari awal memandangkan perak tersangat la dekat dengan johor. Tapi skrg, hanya disuruh mengemas rumah dan bilik sendiri.

Dulu saya yang akan sibuk callingcalling mak saya, duk gayutgayut, gosipgosip sambil adek saya duk menyibuk kat belakang. Tapi skrg, adek saya pulak yang sibuk callingcalling sampai kadangkadang tak tau da nak cakap ape.
*rindu zaman muda duludulu (gaya mcm da tua sgt)

rindu sgt time ni.
time sem 5, riadah di bulan ramadhan. :)

Seminggu yang lepas, saya sempat singgah ke Seri Iskandar. Sebenarnya da plan da nak balik awal, tapi tiket KTM abes, tiket bas pulak mahal. So, bile pikirpikir balik, kami decide utk tumpang seorang sahabat. Dengan kata lain, saya akan transit ke Seri Iskandar sebelum balik Johor. :)

Dan bila pikirpikir balik, ada hikmah jugak tiket KTM habes. :)  Sebab ade alasan untuk dtg Seri Iskandar, dan bila sampai sana memang mencari alasan untuk stay kat sana. ^^ Nasib baek mak kasi balik lambat. TQ mak. ;)

Alhamdulillah, berkesempatan jumpe adikadik saya. Macammacam ragam ade. Melihat mereka belajar untuk membuat keputusan sendiri, bergerak sendiri, dan segalagalanya sendiri tanpa kami. :) Sangat bangga melihat kalian.^^

Selamat kembali ke kampus. :) Harap nya, dengan semester baru, dengan adikadik yang baru, dengan taklifan yang baru, dengan kepimpinan yang baru dan mungkin dengan suasana yang baru, kalian akan lebih bersemangat, lebih berkeyakinan, lebih tabah dan lebih segalagalanya. InsyaAllah kalian pasti lebih hebat dari kamikami semua.

Perasaan takot, gemuruh, cuak, semua tu perkara normal. Lebihlebih lagi bila memegang taklifan baru atau yang lebih berat. Kami yang akakakak ni sendiri pernah melalui semua tu. Yang penting keinginan kita untuk buat yang terbaik dan terus belajar dalam menjalankan amanah yang diberi. Tak tahu tak apa, jangan malu bertanya, belajar dari kesilapan. Tapi jangan malas usaha. :)

If ade apaapa yang nak tanya, boleh la contact kamikami yang di luar ni. By sms ke, call ke even FB pun boleh. :) InsyaAllah, selagi boleh bantu, kami akan bantu mana yang termampu.

contact je akakakak yang ade kat atas ni. :)

So, all the best. Jadi lah yang terbaik dalam kalangan yang terbaik!!

Last but not least :

"Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan Tuhan,
supaya timbul rasa KESABARAN dan KESYUKURAN,
setiap yang PAYAH itu pasti ada KESENANGAN,
setiap KESABARAN itu pasti ada GANJARAN."

tapi sebelum tu, kene la usaha dulu. kn?? :)


p/s : if ade apeape program, bagitau la kami yang diluar ni. InsyaAllah sekiranya tiada apaapa halangan, akan usahakan jugak untuk turun. :)

p/s/s : esok ade interview kerja. Harapharap dapat keja ni sebab saya sangat perlukan income. (bukan sebab mata duitan ye). Doakan saya. :) *padahal nak interview kerja sales assistant je pn. hehe.

rindunya nak merempitttt. -_-


Sunday, May 27, 2012

penat tapi SERONOK. ;p

Assalamualaikum.
*apa kes budak ni tibatiba rajin update blog. 0_0

Oke, sebenarnya nak kongsi sikit pengalaman merantau bersama seorang sahabat yang saya kasihi. Mulanya cadang nak drive, tapi biasalah. Anak perempuan kan, ofkos la mak abah susah nak bagi pelepasan. *sebenarnya mak abah oke je, cume abang saya yang 'over' sikit.

Dari johor bahru kami ke perak, then ke KL. Lepas tu ke selangor. Seriously, sangat penat naik bas & KTM sampaikan saya rasa macam nak suruh mak post kan kereta kat saya time tu. Tapi, memang banyak sangat pengalaman. For the first time kene naik bas dua tingkat dari johor ke perak, duduk melepak kt KL SENTRAL dr pukul 7 pg sampai 3 petang, berprogram dalam dewan yang 'romantik', first time tengok orang berkonvo (walaupun selama ni da beribu kali pergi konvo kat UTM Skudai), dapat bear konvo free (walaupun kecik je, still bermakna) dan macammacam lagi la. MEMANG TERBAAEEEKK!!!

The most wonderful thing is dapat jumpe dengan sume sahabat & akak akak yang ada antaranya saya tak kenal pun. ;) Alhamdulillah. Moge ikatan ukhuwah ni terus mekar until jannah. InsyaAllah. ^^

So, enjoy the pictures. Original from my phone. ;)) *tak banyak pun gambaq nya.  

ofkos saya punya yang kaler purple tu. winkwink~~


oke, ni my little bos yg amek. Sbb time ni duadua da bosan duk kat KL sentral tu. -_-


ha, ini lah my little bos a.k.a peneman setia saya. Thanks & sorry for everything my dear. ;))


seriously sangat seronok bila semua atikah@atiqah dapat gather sama2. wee~~
*kat sini ade 3 atiqah & 3 atikah. 

p/s : boleh tak saya tak peduli langsung nak contact parents saya. *ape punya anak daa. adeh!!
mak abah pulak yang sebok calling calling tanya mau pulang bila. hehe
p/s/s : alhamdulillah, dapat pi kedah. Tapi tak da tiket KTM direct teruih ke aloq staq. So, harus pi perak dulu & insyaAllah gerak dgn yang lain dari sana. Doakan mudah mudahan segalanya dipermudahkn. Amin!!

Friday, May 25, 2012

Setelah sekian lama. ;))

Fuhh!! Fuuhhh!!! *tiup habuk

Assalamualaikum.
Oke, serius da lama sangatt tak update blog. Sampai tak tau pun yg setting da bertukar segala bagai. Haha. Padahal, da lama kot cutii. 0_0

Sebelum tu, nak bagitahu one thing. ehem2. *ape tu?? ade org masuk meminang ke??
Haha. Oke, tak lawak pun. Itu tipu. Seriously. Calon pun tak ada lagi. Jangan berangan oke. ;)
Sebenarnya nak bagitahu, alhamdulillah saya sudah menamatkan zaman diploma saya dengan jayanya. Oke, tak adalah berjaya sangat kan. Tapi still alhamdulillah. Bersyukur sgt. So, sekarang berada di rumah, sedang cuti. Dalam planning untuk kerja part time. ;p

Secara jujur, saya agak memikirkan bagaimanakah kehidupan saya pada masa akan datang??
*ceh, ayat!! macam soalan exam da.
Tak ada la, sekarang ni dah habis diploma. Umur pun dah nak lepas umur mengundi dah. Ofkos kene pikir masa depan. kan?? Bukan lah maksudnya pikir kahwin, tapi lebih kurang macam hala tuju gitu. Atau maybe matlamat hidup. Saya rase kalau orang tanya apa citacita saya pun, tergagap gagap kot nak jawab. Ini jujur. Tak percaya, try tanya. ;)

Jadinya, saya rasa saya dah kene ade planning untuk masa depan. Tak pun, target saya. ;))
Oke, sebenarnye ada jugak berangan nak bukak satu bisnes. Dan pernah bincang gitugitu dengan sorang adik ni, dan dia pun macam berminat. So, saya rasa dah kene start planning dari sekarang. :)

Fikir, fikir, fikir. Plan sebaik mungkin. :) *rindunya nak meeting :(

p/s : saya rindu nak memandu. Sebab sejak blk rumah ni, tak pernah lg driving pi mana2. -_-
p/s/s : dan, saya sebenarnya dah lame nk tanya budak kecik yang comei yang saya rindu ni satu soalan. 


tira, akak musykil ni.. mmg tira ke yang on9 sndiri fb tira tu??
*kau bajet dia baca blog kau ke ape ha?? adoi!!


mood : saya harap saya dapat pegi kedah minggu depan. Ya Allah, permudahkan lah segalanya.



Friday, March 09, 2012

.Final exam yg terakhir. maybe??

Assalamualaikum.
waaaaaa. serius, da lame tak update blog. :) malas + busy. heee~~

skrg ni tgh study week. next week da start final. pray 4 me. :) sem ni batch saye diploma statistik part 6 menjadi orang yg memulakan dan menamatkan final exam. :) kami la org yg pertama ambil exam, 12hb pkol 9 pagi dan kami juga la orang yg mngakhiri nya, 31hb, pkol 2.15 ptg. motif?? ntahh. saye pn tak tau. saje je kot nk bg kami yg part 6 ni duduk lame lame kat sini sebelum kami grad. haha.

anyway, gud luck jugak pd sume yg tgh final. pd shbt2 degree saye, slmt menempuh semester baru. Semoga semester ni lebih baik dari yg sebelumnya. All the best semua. ^_^


p/s : tak sabar nak balik johor. sampai kn mlm tadi saye mimpi saye da otw ke johor. :)
p/s/s : saye rndukan budak kecik kat kedah tu, serius!! :(

Sunday, September 18, 2011

.final exam.

current mood : virus virus ketekanan suda mula menguasai diri -_-

assalamualaikum.
sekarang ni musim student student uitm sebok menghadap buku masing masing dan mngabaikan muka buku dan juga movie movie di laptop. kan?? kan??

dulu, busy dengan keje keje laen.
sekarang, busy menghadap buku 24 jam.

tapi tapi tapi...
bak kate junior saye kat sekolah dulu,
"study, study jugak. tapi dakwah jangan dilupakan." :)

yeah!!! that's right!! ape ape pun, dua2 ni kene berjalan seiring. tidak boleh menganaktirikan salah satu dari mereka.

paper saye start esok. dan abes 2 oktober. banyaaakk sangat gap kecuali for paper QMT 225 dan QMT 350. mcm mane laa paper yang susa ni boleh tak ade gap? tak paham saye. -_-

so, salam imtihan pada semua student student yang bakal menghadapi exam. buat yang terbaek ye. moge diterangkan hati ketika menjawab soalan soalan exam nnt.



nah!! hadiah dari saye :)


p/s : tempoh hari mak abah dan wan datang perak. motif utama, hantar kete untuk saye sambil pegi walimah kak rina kat selangor. ;) seronok kan?? tapi saye tak mahir sangat pun bawak kete tuu. sekarang ni dalam proses nak menjinak jinakkan diri dengan kete tuu. doakan saye oke.

Saturday, September 03, 2011

raye raye ukhuwah :)

"ukhuwah itu terbina atas ranting kejujuran,
bertunjangkan mahabbah fillah,
lalu membuahkan kemanisan ikatan.
jika terpesong,
maka patahlah ranting,
reputlah akar lalu rosaklah buah.
sahabat bukanlah semestinya sentiasa dekat jaraknya,
tetapi yang sentiasa di hati dan diingati dalam setiap bisikan doanya"


tempoh hari, beberapa orang sahabat saya dari setiap pelusuk negeri datang ke rumah. :) memang seronok!! first time sahabat dr jauh datang ke rumah. tapi tujuan sebenar mereka datang ni pun sebab nak menziarahi sahabat laen yg ade kat johor ni. ape ape pun, alhamdulillah!! semua berjalan lancar. walaupun ade je tragedi yang berlaku. kite jadikan ia sebagai pngalaman dan pengajaran. :)

selamat hari raya aidilfitri. mohon maaf salah dan silap ye. nah pantun jawa special dari saye :

godok kupat ngisor ondo,
berasse sitik kurang sekati,
salah silapku jalok ngapuro,
ojo disimpan neng jero hati. :)



ni kat kolej sains kesihatan jb. lawa kan bunga matahari ni. syukran kak anis. :)


kereta rosak?? punca?? -_-


bowling. tapi takk maen pun :)


kereta kuda kami :)


p/s : mak abah saya nampak mcm sangat seronok dapat jumpe depa. alhamdulillah!! moge ikatan ukhuwah terus berkekalan. amin!!!

Sunday, July 17, 2011

.pengorbanan.

assalamualaikum..

update status : suda berada di rumah. ^_^


utk cuti ni mmg byk bnde nk wat. dgn tugas2 yg da terbegkalai. dan, tibe tibe plak almari baju buat hal. anai anai!!! dr mane kah kalian datang?? tak pasal pasal kne kemas blk segala baju baju. dan semalam mak abah ajak beli cat rumah beramai ramai. insyaAllah bilik saye akan berwajah baru. ~winkwink.


mmg betul la orang kate, hidup ni memerlukan pengorbanan. baru saje tibe di rumah, datang taklifan laen memanggil. memang kalau ikutkan, serba salah hati ni di buatnye. tapi, saye perlu berkorban. walaupun saye tau berat hati mak nak lepaskan saye pergi. tapi insyaAllah, ade hikmah di sebalik semua ini. maaf mak dan abah. bukan tiqa sengaja nak tinggalkan rumah. but i've to go. terima kasih kerana memahami. doakan tiqa ye. :)



p/s :
semalam mak banyak kali pesan : malam ni banyak banyak kan doa. sepanjang malam doa nye mustajab.
tapi saye menjawab : mak doakan la tiqa. kan doa ibu tu mustajab. hehe

suke suke ati je menjawab. tapi betul kan. dan mak selalu ckp, : mak tak pernah berhenti doakan untuk anak anak mak. tiap2 mase mak doakan. :)

syukran mak. ^_^

Sunday, June 12, 2011

rindu??

assalamualaikum.

mnggu ni sangat sangat busy dan penat!! dan sekarang sedang berusaha menyelesaikan soalan soalan QMT 350. chaiyok chaiyok tiqa!!! :)


tadi pagi berpeluang jumpe dengan pimpinan IMAD yang baru. tibe tibe terase rindu untuk bergerak kerja dlm IMAD balik. lagi lagi bile mereka pasang montaj progrm IMAD semester semester sebelum ni. serius! saye rindu semua itu. :(


kepada adik adik dan sahabat sahabat pimpinan IMAD yang baru,
tahniah dan takziah diucapkan.
semoga kalian dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
jangan sesekali rasa terbeban dengan taklifan yang diberikan.
sekiranye perlukan bantuan, jangan segan segan untuk beritahu kami.
insyaAllah kami cube membantu ape yang terdaya.
moge Imad dapat meneruskan kecemerlangannya.
kami percaye, kalian dapat buat yang lebih baik dari kami sebelum sebelum ni.
buktikan yang umat Islam boleh dan kalian juga boleh!! (^_^)



sejak akhir akhir ni saye selalu letak gmbar ni jd profile pic hp.
saye rase saye RINDU kat budak gemok ni. :)



p/s : tibe tibe rase mcm nak balik JB lagi. :(

Wednesday, June 01, 2011

berita gembira :)

assalamualaikum..


eyt!! saye baru saje pulang dari beli tiket. yeah!! esok malam saye balik johor bahru. sebenarnye abah tak kasi. tapi saye pujuk mak, saye cakap saye kene balik. sangat sangat perlu. and yeah!! mak really understand my feelings. syukran mak!!


so, nisa!!!! esok malam aku balik umah. jangan lupe jemput aku. kalau boleh buat la cupcake kau tu. teringin nak makan. haha. dan insyaAllah saye akan balik semula ke perak ahad pagi dengan azam dan semangat baru. mudah mudahan Allah permudahkan urusan saye. Amin!!




saye jumpe ni kat facebook kawan saye walaupun saye sbnrnye tak ade FB. :) dan, kate kate betul betul menusuk kalbu saye. syukran 'aisyah. :)






p/s : kenape ye sem ni semua duet pinjaman or biasiswa masuk lambat. saye ingat ptptn je, YPJ saye pun tak masuk masuk lagi ni. haiyyaaa!!!

p/s : atiqah, thanx sangat sangat sbb sudi amek berat pasal kite. tak tau da nak berterima kasih macam mane. dan sekarang ni memang teringin sangat nak jumpe atiqah. :) hope kite dapat jumpe jugak satu ari nnt.

Monday, May 30, 2011

tolong lah mengerti!!

assalamualaikum..


saye ade di lab sbnrnye. sepatutnye skrg ni kelas utk subjek ITS, tp lecturer tak masuk. tp biase lah kami, semua budak budak baek. so, semua stay kat sini. haha. padahal, lepas ni ade kelas lagi. sbb tu semua tak balik.


oke, sbnrnye ade tujuan saye masuk 'sini'. saye tahu, sekarang ni saye menjadi MISTERI untuk semua orang. ni, bak kate kawan saye la kan. oke la. bukan saye tak nak bagitau or berkongsi ape yang saye dapat. cume saye tak bersedia. saye tak boleh nak bagitau semua orang sebab saye tak kuat. saye segan. saye malu. so, satu je yang saye harap kan. tolong lah hentikan pertanyaan pertanyaan itu. sampai bile pun saye takkan jawab. jadi, buang mase je kalau anda anda tanye. but, dun worry. satu hari nanti pasti anda anda akan tahu jugak jawapannye.


oke, sekian.


p/s : saye nak sangat sangat balik johor bahru. sebab saye rase kosong di sini. saye nak cube dapatkan balik kekuatan saye. :( oh uitm!! tolong lah bagi cuti kat saye.

Saturday, May 28, 2011

saye tak kuat :(

assalamualaikum.



saye baru je abes orintasi. haha. tak la. saye sebenarnye baru je lepas jage budak orintasi. serius, sem ni penat yang amat amat amat sangat. first time pegang walkie talkie sebab jadi ketua untuk kolej atas. so, memang kene banyak bergerak, berlari, menjerit. baru 3 ari orintasi, suara saye da macam lelaki da. tapi, memang seronok. terlalu banyak pengalaman dan kenangan yang saye dapat. bekerja dengan orang orang yang berpengaruh dan berpengalaman. memang seronok la.





tapi, dalam saye rase seronok dan penat jalankan tugas, tibe tibe saye diuji dengan satu dugaan yang saye memang tak boleh hadapi. maybe bagi orang laen ianya tak menjadi masalah. tapi bukan saye. sampai sekarang saye masih lagi nak mencari ape hikmah di sebalik semua ni. saye tahu, saye tak sepatutnye mempertikaikan ketentuan Illahi. sebab Allah tak akan uji hambaNya melainkan mengikut kemampuannya. tapi saye tak tahu macam mane saye nak terima semua ni dengan hati yang redha. saye sangat sangat tak tahu.





kadang kadang bile sahabat sahabat saye pujuk saye, hati saye boleh terima semua ni. tapi bile saye duk sorang sorang, bende akan datang balik macam tu je. dan secara tak langsung emosi saye akan terus jadi laen. saye cube untuk terima semua ni. tapi mungkin ianya mengambil mase sikit. ya Allah!! moge aku terus kuat untuk menghadapi semua ni.





p/s : terima kasih untuk semua yang banyak membantu saye time orintasi. saye sangat sangat menghargainye. maaf lah kalau saye ni banyak menyusahkan anda anda semua.